YSIJ DAN MSEF SUMBANG 30 SET OKSIGEN KONSENTRATOR
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama Malaysian Social Entrepreneurs Foundation (MSEF) menyumbangkan 30 set Oksigen Konsentrator Olive OLV-10 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) pada hari ini (29 September).
Sumbangan diserahkan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSIJ, Dato’ Avinderjit Singh diiringi Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Fadhly Suffian Laili dan Pengarah MSEF, Calvin Chung kepada Pengarah Kesihatan Johor, Dato' Dr Aman Rabu.
Dato’ Dr Aman Rabu menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Johor dan melahirkan penghargaan ribuan kepada YSIJ dan MSEF di atas sumbangan yang sememangnya diperlukan oleh pihak hospital untuk pesakit.
“Sumbangan mesin ini sememangnya membantu pesakit-pesakit COVID-19 yang berada di PKRC sekitar Johor. Ia juga bermanfaat kepada pesakit lain selepas pandemik berakhir” katanya kepada Royal Press Office (RPO).
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor